Want your
own Fotopage?







 
Asam Garam Photopage

By: asam garam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 29-Jun-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Remaja koma dibelasah samseng

 
Remaja koma dibelasah samseng
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman



SENTUHAN KASIH: Rokiah Nor dan Mohsin Hassan hanya mampu memandang anak bongsu mereka, Asrin yang koma
di Hospital Pulau Pinang, semalam. Asrin dibelasah remaja samseng di Persiaran Gurney, Georgetown, Sabtu lalu.

GEORGETOWN: Seorang remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) koma
selepas dibelasah sekumpulan remaja lelaki, dalam pergaduhan dipercayai
berpunca daripada cemburu, di Persiaran Gurney, awal pagi kelmarin
lalu.

Dalam kejadian itu, Asrin Mohsin, 18, dari Blok 1-10-6 Medan Tengku Jelutong, dibelasah sehingga pengsan oleh sekumpulan remaja dari
Tanjung Tokong pada jam 2.30 pagi berhampiran Hotel Evergreen Laurel.


Mangsa dipukul dengan topi keledar dan tong sampah besi yang disediakan di Persiaran Gurney.


Asrin, anak bongsu daripada enam beradik tidak sempat menyelamatkan diri ketika dibelasah apabila kumpulannya melarikan diri dengan motosikal.

Kakak mangsa, Amilia Mohsin, 20, berkata dia mengetahui pergaduhan itu menerusi seorang rakan adiknya yang menghantar khidmat pesanan ringkas

(SMS) kira-kira jam 3 pagi.



"SMS itu memberitahu adik dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana dipukul.

"Kami sekeluarga bergegas ke hospital dan mendapati Asrin koma. Dia terpaksa menggunakan alat sokongan hayat serta mesin bantuan
pernafasan," katanya di HPP, semalam.


Amilia berkata, beliau cuba mendapatkan cerita bagaimana adiknya terbabit dalam pergaduhan itu daripada seorang rakan adiknya.

Katanya, beliau diberitahu bahawa pergaduhan dikatakan berpunca daripada rasa cemburu sekumpulan remaja lelaki dari Tanjung Tokong yang melepak
di Persiaran Gurney selepas ternampak seorang remaja kumpulan Jelutong membonceng seorang gadis dari Tanjung Tokong bersiar-siar di Persiaran
Gurney.

"Berikutan itu, berlaku ejek mengejek dan cabar mencabar antara dua kumpulan sehingga tercetus pergaduhan," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohsin Hasan, 59, ketika ditemui berkata, doktor memaklumkan kepadanya bahawa harapan anak bongsunya untuk terus
hidup amat tipis.

"Doktor kata Asrin mengalami pendarahan otak yang serius akibat dipukul dengan objek keras dan tidak mempunyai harapan untuk hidup, tetapi saya
tetap berdoa semoga dia terus hidup," katanya.

Jurucakap polis di sini, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan sedang menyiasat mengenainya

aku simpati ngan budak ni.. tapi (ikut berita akhbar dan tv) kawan dia lari... kenapa? dia buat keputusan bijak atau tadak teloq??? Tue 28-Jun-2005 15:08
Posted by:suka
kawan dia pompuan Tue 28-Jun-2005 18:27
Posted by:matta
asrin sudah kembali ke rahmatullah setelah 4 hari koma dan bertarung nyawa.moga rohnya dicucuri rahmat Wed 29-Jun-2005 14:09
Posted by:kelateboi kelateboi@yahoo.co.uk
Ni hampa taktau apa jangan dok buat pandai dia mati pasai kena pukui dengan 12 orang penakut tgt, lembu pun mati , tak caya pi lah test Wed 29-Jun-2005 21:03
Posted by:mamu jelutong (JBG) mamblop@yahoo.com
dah memandai bawak anak dara kuar malam2 sapa suruh Sat 2-Jul-2005 08:23
Posted by:kitty
Semoga samseng2 jalanan yg bajingan tu dilaknati Tuhan seadanya. Bodoh betul budak2 zaman sekarang.Tak pikir panjang Sat 9-Jul-2005 04:35
Posted by:Black_panglima panglima_power@yahoo.com
pmpuan skang mmg gatai...rajin sgt mlayan,pnyudah laki gak jd mangse sesame sndri.... Sun 5-Mar-2006 21:26
Posted by:ajie adlice_jha@yahoo.com
Thu 20-Apr-2006 04:25
Posted by:unnamed
whao this is incredible,fantastic,spectacular i can't believ it.it all good there should always be a story to tell. Tue 25-Sep-2007 08:25
Posted by:kemi kemmy2die42007@yahoo.com
Does he has a wife?, i doubt any woman will like to marry him, ok ,fine, if somebody is in love with him, i will to be there for their wedding ceremony, any where in the world.i will like to see the peewee. Tue 25-Sep-2007 08:44
Posted by:Halaba laahab2g@yahoo.co.uk
Pusat Kursus Perkahwinan Geomatika
Lot 3-5-5,Lift 2, Tingkat 5
Proma Peninsular,Jalan Setiawangsa 11
Taman Setiawangsa, K.L
Berhampiran LRT Putra Setiawangsa
Tel : 012-2943040/012-6346533 : http://kususkahwin.fotopages.com
Video Clip Klick>> : http://www.youtube.com/watch?v=ue 9Ldzdqq8
Bayaran RM80.00/peserta>>>Cepat Hadiah dan rebet menanti anda untuk 10 pasangan terawal
Sila bawa salinan IC
Tue 11-Mar-2008 04:43
Posted by:wanie onenie_wanie@yahoo.com  - [Link]
Subhanallah.. inilah hikmahnya islam tidak menggalakkan ummatnya keluar di waktu malam. Thu 26-Feb-2009 10:47
Posted by:ustaz almauduudi@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.